Rasulullah itu, Romantis!
Ilustrasi |
Kemesraan adalah cara mengekalkan keharmonian rumah tangga. Junjungan
kita Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mencontohkan
kemesraan tersebut dengan isteri-isteri beliau.
Beberapa hadis selanjutnya disampaikan selain daripada hadis Shahih Bukhari dan Muslim.
Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam
satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan
Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa
engkau bangkit?”
Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda
Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah
kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut
bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)
Memakai Minyak Wangi
Dari Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa
Sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada
auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) & isterinya
baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah.” (Hadis Riwayat Ibnu
Majah)
Mandi Bareng Istri
Dari Aisyah RA beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana. Kami biasa
bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut).” (Hadis
riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Rambut Disisir Istri
Dari Aisyah RA, beliau berkata, “Saya biasa menyisir rambut
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, ketika itu saya sedang haid”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Meminta Istri Meminyaki Badan
Dari Aisyah RA, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau
melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)
Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama
Dari Aisyah RA, dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan
mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian
saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian
Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada
tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Hadis
Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
Membelai Istri Dengan Cinta
“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari
melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi
seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama
sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda,
lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)
Mencium Mesra Istri
Dari Aisyah RA, bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasa
mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda
bersembahyang dan beliau tidak mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat
Abdurrazaq)
Dari Hafshah RA, puteri Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasa mencium isterinya sekalipun sedang
berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Berbaring Di Pangkuan Istri
Berbaring Di Pangkuan Istri
Dari Aisyah RA, beliau berkata: “Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
biasa meletakkan kepalanya di atas pangkuanku walaupun aku sedang haid,
kemudian beliau membaca Al-Quran.“ (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Memanggil Dengan Panggilan Mesra
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah
dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy &
Humaira (pipi merah delima).
Menyejukkan Kemarahan Istri Dengan Mesra
Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika
dia marah & Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai
Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan
hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” (Hadis
Riwayat Ibnu Sunni)
Membersihkan Titisan Darah Haid Istri
Dari Aisyah RA, dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di atas satu tikar ketika aku sedang haid.
Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada
bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari
tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda
berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar
itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja
dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di
atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)
Memberikan Hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, “Ketika Nabi
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menikah dengan Ummu Salamah, Baginda
bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah
kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak
kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal
dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu
memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanya kepadamu.” Dia
(Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang di
sabdakan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam & hadiah tersebut
di kembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikanya kepada
masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak
kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Segera Menemui Istri Apabila Tergoda
Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah
melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk
melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda,
“Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan……. apabila
seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia
mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan
yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).Sym
Dikutip dari Berbagai Sumber.
Posted by PKS Kota Mataram
on 02.11. Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
Feel free to leave a response